Saturday, December 03, 2005

Fwd : Cinta Islamik ???



Salam ditututur pembuka bicara
tajuk ditulis penuh makna
andai faham fahamla ia
tak faham juga, entah nak dikata..

Cinta dan remaja xpernah sudah dibicarakan di mana-mana sahaja, bukalah laman forum remaja mana2 pasti cerita ini tak lekang didiskusikan. Bagi yang mempunyai secebis kefahaman agama cuba meng'Islamisasi'kan hubungan cinta ini agar nampak terjaga dan terpelihara. Kata Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi, hubungan cinta sebelum perkahwinan TAK pernah diiktiraf oleh Islam..(Ahkam.net,2004). Jd, apa perlu dkata lagi?

"Eh, tak! Kami bercinta tak pernah dating.."
"Kami bercinta pun, majlis ilmu sama-sama kami pergi.."
"Kami jaga hati kami, biar bercinta Tuhan tetap no 1, solat tak tinggal.."
Yakah, mungkin ini sebahagian drp kata2 mereka yang mengamalkan 'Cinta Islamik' di kalangan remaja kita (terutamanya dari sekolah agama la..) anda mempunyai tafsiran dan pandangan anda tersendiri namun saya hidangkan di sini sebuah cerita yang cukup menarik dipetik di akhbar mingguan ttg mulanya mengamalkan 'Cinta Islamik' ttp lihatlah apa dah jadi..
isy232..beri perhatian perkataan yg dihitamkan moga memberi manfaat untuk semua..(perkataan berwarna merah adalah daripada saya)



``Saya berusia awal 20-an, masih menuntut di sebuah kolej tempatan. Saya bersyukur ibu bapa saya mahu menghantar saya belajar dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya saya mudah mendapat kerja apabila lulus nanti.

``Saya bersyukur dengan niat mereka, tetapi sebagai manusia kita tidak boleh menghalang apa yang dikehendaki-Nya berlaku ke atas kita. Kita boleh berusaha menjauhkannya tetapi kalau tidak boleh dipisahkan lagi apa yang boleh kita lakukan selain menyerah kepada takdir.

``Dan saya juga ingin menjelaskan setiap manusia ini berlainan cita rasa mereka. Ada yang berfikiran terbuka, semua boleh dan ada yang masih boleh menimbangkan buruk dan baiknya. Kerana sebagai manusia kita sentiasa terdedah kepada maksiat.

``Apabila sudah dihantar belajar ke kolej tentulah pelajarnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Sudah tentu ada batas-batasnya. Dan saya katakan saya tidak selesa bergaul bebas dengan bukan muhrim, sebab mereka tidak ada ikatan perkahwinan untuk mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

``Tetapi saya masih tidak faham mengapa ada ibu bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin ketika masih menuntut, malah memberi syarat kalau nak kahwin juga mesti lulus kolej dulu, lepas itu bekerja dua, tiga tahun baru fikir fasal kahwin. Mungkin pada gadis lain syarat itu tidak ada masalahnya, tetapi kepada saya syarat itu langsung tidak berperikemanusiaan.

``Saya dan Azizie bakal suami (saya tidak suka menggunakan istilah teman lelaki) telah setuju untuk berkahwin semasa masih menuntut. Kami yakin kemampuan kami, masih boleh belajar dengan baik, tetapi mengapa hasrat kami yang suci murni ini dilarang keras oleh ibu bapa Azizie. Apakah mereka suka kami *&*&^%**?

``Kami amat tertekan dengan syarat tersebut, ia terlalu lama. Saya hairan mengapa ibu bapanya tidak faham kehendak kami. Sepatutnya apabila seseorang anak itu telah meminta sesuatu keinginan, maka itu mungkin merupakan sesuatu permintaan untuk kebaikan mereka.

``Tujuan kami ingin berkahwin semasa belajar bukan untuk keseronokan (seks) semata-mata. Tetapi memudahkan kami belajar bersama-sama dalam keadaan yang sah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang buruk seperti keterlanjuran berzina.

``Pada saya Azizie bukan lelaki sembarangan, baik budi pekertinya, keluarganya orang alim, dan sifat-sifat inilah yang banyak Azizie warisi dan saya pilih dia supaya dia dapat membimbing saya ke alam rumah tangga yang lebih baik menjadi isteri solehah.
``Pada awal persahabatan, kami berjaya membatasi hubungan kami, sebagai contoh kami tidak pernah berdating dan tidak suka membuang masa.(*Cinta Islamik?) Tetapi setelah setahun kami bimbang berlaku perkara yang tidak baik. Kami bimbangkan gangguan syaitan.

``Kini saya sudah mula berasa sayang yang teramat sangat terhadap Azizie, saya tahu dia juga begitu. Ketika inilah dugaan semakin banyak menguji kami. Dugaan nafsu paling hebat, semakin disekat semakin luruh hati rasanya ketika berpisah. Cinta kami juga terasa amat mendalam. Saya rasa amat bahagia saat-saat cinta dan mencintai, tetapi kami masih ada batas-batas agama. Islam sebagai panduan hidup kami.
``Namun ujian nafsu godaan syaitan amat besar, bermula dari detik-detik bersentuhan tangan dan badan secara tidak sengaja, membuatkan jantung saya berdebar kencang. Akhirnya terjadilah kami berpegangan tangan. Dan seterusnya yang paling menakutkan, kami telah hampir-hampir terjebak dalam perkara yang kami paling jauhi selama ini iaitu zina. (*Cinta Islamik?)

``Saya ingin bertanya mengapa dan apa puncanya perkara yang dimurkai Allah ini hampir kami lakukan? Pada kami semua ini berlaku kerana hasrat dan kehendak kami ingin segera berkahwin dibantah dengan pelbagai syarat oleh kedua-dua ibu bapa Azizie.

``Pada saya ditakdirkan berlaku sesuatu yang tidak baik itu semua adalah berpunca daripada mereka, sebab mereka menolak hasrat dan perasaan kami. Kenapa hasrat baik kami disekat? Alasan ibu dan ayah Azizie semata-mata kami masih belajar dan belum bekerja. Kata mereka, kalau kami berkahwin sudah pasti kami tidak berkemampuan dari segi kewangan.

``Bagi keluarga saya pula, mereka bersetuju kami berkahwin cepat walaupun masih menuntut, tujuannya supaya kami dapat elakkan terlibat dengan perbuatan maksiat dan mungkin dengan berkahwin boleh membawa keberkatan kepada hidup kami.

``Saya benar-benar hairan mengapa ibu bapa Azizie yang kuat beragama dan masih berfikiran konservatif itu membantah hasrat kami berkahwin semasa masih menuntut. Pada saya dengan berkahwin kami sudah ada ikatan yang sah. Tidak ada masalah untuk belajar bersama.

``Bohonglah kami kalau saya katakan kami tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu, kerana keinginan kami melebihi segala-galanya, dan kami masih meneruskannya, walaupun kami tahu ia berdosa besar, namun kami tidak berdaya lagi menghalangnya.

``Persoalannya mengapa perkara yang baik itu mesti dilambat-lambatkan dan disusahkan? Walhal keluarga Azizie tahu buruk baiknya pergaulan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Jangan bimbangkan soal kewangan, tahulah kami menguruskannya dan kami ada simpanan sendiri walaupun sedikit. Jangan bimbang juga tentang jodoh kami. Sebaliknya berdoalah kepada Allah agar kami selamat sejahtera hingga ke anak cucu kami nanti.

``Tujuan utama kami ingin berkahwin semasa belajar, adalah untuk membolehkan kami belajar bersama kerana kami sekuliah dan untuk mengelakkan tohmahan orang yang mengata kami asyik berkepit ke hulu ke hilir tak tahu dosa pahala, dan paling utama niat kami untuk mengikut sunah Rasul iaitu untuk mengelakkan maksiat.

``Pokok pangkalnya mengapa sesuatu perkara yang disukai oleh Islam dan Nabi dianggap macam suatu perkara yang boleh membebankan semua orang. Perkahwinan bagi kami mungkin akan melahirkan keberkatan dari segi perhubungan, kewangan dan pelajaran.

``Wahai ibu bapa semua, sedarkah kamu bahawa jika anak-anak kamu inginkan sesuatu perkara, bermaksud ada sebab penting di sebalik permintaannya. Janganlah biarkan kami terlibat dalam perbuatan yang tidak baik, semata-mata kerana syarat anda.

``Saya masih kurang faham apa salahnya berkahwin ketika masih menuntut, sepatutnya mereka membantu kami memudahkan kami suami isteri belajar bersama, mengelakkan tohmahan orang. Semoga ibu bapa kami sedar mengapa kami meminta berkahwin awal, ia lebih baik daripada membiarkan kami berdampingan dengan maksiat. Saya tidak mahukan perkahwinan yang terlalu mahal, kami cuma mahukan ikatan yang sah menurut Islam.

``Namun apa yang lebih penting saya amat mencintai dan menyayangi Azizie begitu juga Azizie terhadap saya, dan kami tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran jika kami tidak berdekatan. Masa bersama memang kami boleh belajar dengan baik, apabila pulang ke rumah masing-masing fikiran sudah tidak dapat fokus, kerana perasaan kasih dan sayang kami yang amat mendalam, rasa-rasanya kami tak boleh berpisah walaupun seketika.

``Saya amat mencintai Azizie kerana keperibadiannya dan ilmu pengetahuannya yang begitu mendalam tentang agama Islam dan saya mahu dia membimbing saya menjadi isteri yang solehah. Jadi mengapa harus menyekat hubungan baik kami ini dengan meletakkan syarat-syarat yang langsung tak masuk akal. Adakah salah berkahwin semasa masih belajar? Tak ada pun undang-undang yang menyekat berbuat demikian.

``Kepada ibu bapa Azizie jika anda tahu buruk baiknya hubungan antara lelaki dan perempuan, dan tidak mahu kami melakukan maksiat, jodohkanlah kami secepat mungkin. Berapa lama lagi kami harus bersabar sedangkan umur kami sudah melayakkan kami berkahwin.

``Banyak juga orang lain kahwin semasa belajar dan mereka berjaya. Jadi mengapa kami tak boleh? Yang peliknya mengapa mesti sekat benda yang baik dijalankan segera, mesti ada syarat, mesti ada kelulusan dan mesti bekerja dahulu. Apa yang penting nikah, melaksanakan perkara yang baik didahulukan supaya tidak berlaku maksiat.

``Tanpa ikatan apabila kami berjalan berdua-duaan (lelaki perempuan bukan muhrim) di taman atau membeli-belah orang kata, kami tak tahu agama, apabila nak kahwin tak dibenarkan, inilah masalah besar yang dihadapi oleh ramai pasangan yang masih belajar sekarang.

``Kami tahu apabila kami melahirkan perasaan hati kami seperti ini mungkin ramai pembaca mendakwa kami cuma mementingkan diri sendiri, tak mahu dengar nasihat orang tua, tak pentingkan pelajaran dan masa depan. Tetapi anda semua kena faham inilah masalah yang ramai kalangan kami hadapi, mahu berkahwin tapi ibu bapa tak bagi. Memang saya tak nafikan ada kalangan kawan-kawan kami yang cuma suka berkawan tapi tak mahu berkahwin. Mereka lain, kami lain. Pegangan agama kami lebih kuat daripada mereka. ()


``Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan ini setelah berasa amat kecewa dengan sikap ibu bapa Azizie yang tak izinkan kami berkahwin dahulu walaupun setelah berkali-kali kami merayu dan memohon. Namun hidup mesti diteruskan dan selera kami juga seperti manusia biasa sukar diramalkan. Hanya doa sahaja yang terdaya kami lafazkan agar Allah menjauhkan perkara yang tidak baik mendekati kami.

``Kami bimbang tewas dengan godaan yang datang. Kepada ibu dan ayah maafkan kami jika perbuatan kami ini mungkin memalukan. Jika tidak, tunaikanlah permintaan kami. Saya tidak perlukan segala macam hantaran dan perbelanjaan, yang saya mahukan cuma ikatan yang sah mengikut agama demi masa depan kami,'' kata Shafina.


Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, September 14, 2005

10 Hak Yang Mesti Ditunaikan



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA :


HAK KEPADA KUBUR.

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT : HAK


KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA :


HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... "


SABAR itu iman,

DUIT bukan kawan,
DUNIA hanya pinjaman,
dan MATI tidak berteman.

Friday, September 09, 2005

Cara Budak IT Bagi Nasihat



  • Hiasi interface wajah dgn menundukkan pandangan,
  • Jaga monitor pancaindera dgn perkakasan keimanan,
  • Defrage ketulan hati dgn asuhan alquran dan zikrullah,
  • Scandisk amalan dgn uswatun hasanah,
  • Clean up partition dosa2 lama dgn taqarrub pdNYA,
  • Scan virus hasutan iblis laknatullah dgn benteng iman dan keyakinan pdNYA,
  • Refreshla kecintaan hakiki pdNYA dgn segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,
  • Copy,cut dan paste akhlak mulia sahabat beriman.
  • Restart la kehidupan sementara yg seakan2 temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies2 kejahatan dan noda dan clear history lama dalam recycle bin dunia.
  • Ayuh..restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui..gantikan dgn sinar baru dgn restart dan letakkan password admin iman sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
  • Segeralah..sebelum hayat hidup kita di shutdown terus oleh ALLAH tanpa amaran atau tanda"..

Sunday, August 21, 2005

Lelaki Soleh....

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1. MENCARI NAFKAH..........
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.


Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.

"Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah:
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah )Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

Thursday, July 21, 2005

Pinjamkanlah 'Ia'

Suatu hari ‘Ali pulang ke rumahnya dari rumah Nabi S.A.W., dan menemui Fatimah. Salman al-Farisi berada di rumah Fatimah, sedang menceraiberaikan bulu-bulu domba untuk Fatimah, sedang Fatimah sendiri sedang memintal.

“Adakah makanan yang boleh dimakan suamimu, wanita mulia?” Tanya ‘Ali.

“Demi Allah, aku tak memiliki apa-apa. Tapi ini ada enam dirham yang diberi Salman ketika aku memintal tadi. Sebenarnya aku ingin membeli makanan untuk Hasan dan Husain”.

“Wanita mulia, mana wang itu. Biar aku yang membelikannya,” kata ‘Ali. Wang itu diberikannya kepada ‘Ali.

Di tengah jalan, ‘Ali bertemu dengan seorang laki-laki. Laki-laki itu berkata: “Siapa gerangan yang mahu menghutangi Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Memenuhi Janji?”. ‘Ali mendekati orang itu, dan serta merta memberikan semua wang yang hendak dibelikan makanan itu.

‘Ali kembali ke rumah tanpa membawa apa-apa. Ketika Fatimah tahu, ia menangis.”Wanita mulia, mengapa menangis?” Tanya ‘Ali.
“Wahai anak paman Rasulullah, Engkau pulang tanpa membawa apa-apa”.
“Wanita mulia, aku telah meminjamkannya kepada Allah”.
“Baiklah kalau begitu”, jawab Fatimah.

‘Ali lalu keluar dengan maksud untuk menemui Nabi. Tiba-tiba datang kepadanya seorang Badwi yang menuntun unta.

“Abu Hassan. Belilah unta ini,“ kata orang itu.
“Aku tidak ada duit,” jawab ‘Ali.
“Mudah sahaja. Wangnya bila-bila pun boleh”
“Berapa kau jual?”
“Seratus dirham”
“Baiklah, aku beli”

Selang beberapa langkah, tiba-tiba muncul Badwi yang lain.

“Wahai Abu Hassan ! Kau jualkah unta itu?” tanyanya.
“Ya”.
“Berapa?”
“Tiga ratus dirham”.
“Baiklah”. Orang itu mengeluarkan wangnya dan mengambil unta itu.

‘Ali pulang ke rumah. Fatimah tersenyum melihat ‘Ali.

“Apa yang kau dapatkan, Abu Hassan?”
“Aku membeli unta seratus dirham dengan hutang, ku jual tiga ratus dirham tunai”.
“Setuju,” kata Fatimah.

Kemudian ‘Ali menghadap Rasulullah S.A.W. di masjid. Ketika ia memasuki pintu masjid, Nabi melihatnya, dan tersenyum. Setelah memberi salam kepada Nabi, Nabi menyapanya: “Wahai Abu Hassan, kau yang akan memberi khabar kepada aku, atau aku yang memberi khabar?”

“Tuanlah yang mestinya memberi, wahai Rasulullah”.

Berkata Nabi: “Berbahagialah kau, ‘Ali. Engkau telah meminjamkan Allah enam dirham dan Allah memberimu tiga ratus dirham. Allah mengganti tiap dirham menjadi lima puluh dirham. Orang yang pertama datang kepadamu itu Jibril, sedang yang kedua Israfil”.

Thursday, July 14, 2005

Cerpen Remaja: Muslimah Idaman.....(Risik)

FAJAR menyinsing. Kokokan ayam begitu nyaring. Azan yang bergaung dari masjid desa mendayu-dayu. Sebuah pagi yang syahdu. Ila terbangkit sendiri. Lain benar azan subuh yang mengejutkan lenanya pagi ini. Merdu dan berlagu. Tidak seperti selalu. Baru Ila sedar dimana ia berada.

Selesai solat subuh, terus saja Ila ke dapur. Ibunya yang hendak ke bilik air tekejut bila melihat Ila sedang menyiapkan sarapan. Demikian juga abah yang baru selesai solat subuh. Namun di sudut hati mereka gembira. Bertuah ada anak yang mengaji agama!

Baru tengah hari semalam Ila tiba. Tiada seorang pun ahli keluarganya yang menyangka Ila yang baru dua tahun menuntut di Jordan itu akan pulang. Tiba-tiba sahaja tersembul di ambang pintu. Gempar satu keluarga. Tidak henti-henti ibu menceceh, sebab Ila tidak memaklumkan dahulu kepulangannya. Ila Cuma tersenyum. Sengaja dia mahu buat kejutan.

“Hai...maknya. Beruntung awak. Tak payah bangun awal lagi. Ustazah dah ada.”

Abah mengusik. Ila tersenyum sambil memandang ibunya yang masih bertelekung, mengacau kopi di dalam kole. Wajah ibunya cukup berseri-seri. Girang benar dengan kepulangan anak gadisnya ini. Memang sejak semalam bibir ibunya tak lekang senyum.

“Mak bahagia Ila balik juga. Dah rindu mak ni.”

“Ila bukan tak nak balik mak. Baru sangat rasanya duduk di Jordan tu. Lagi pun sekarang ringgit jatuh. Kenalah berjimat cermat,” luah Ila tatkala ibu mendakapnya sesampainya di rumah. Kejap betul pelukan ibu, hamper sukar rasanya hendak bernafas. Rindu itu terlerai jua. Dan mereka sama-sama menangis hingga basah lencun tudung Ila yang labuh hingga ke pinggul itu. Ila lihat mata abah masa itu berkaca juga. Sebak beraduk suka agaknya.

Ila sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh pulang. Dia sebetulnya tidak merancang. Tekad asalnya untuk tidak akan pulang selagi tidak meraih gelaran siswazah Syariah Timur Tengah, tiba-tiba sahaja mencair apabila dia beroleh jayyid jiddan dalam peperiksaan semester lepas. Dia gembira bukan kepalang. Tidak tahu dengan siapa mahu dikongsinya kegembiraan itu selain kawan-kawan serumahnya. Memang hajat asalnya tidak mahu pulang. Apa kala melihat kawan-kawannya hendak pulang bercuti, entah bagaimana dia pun turut sama menempah tiket kapal terbang.

Sudah seminggu Ila pulang, tetapi masih tidak kemana-mana. Paling jauh pun ke rumah saudara-mara. Dia hanya terperap di rumah. Kenduri kesyukuran pun telah dibuat. Setiap hari ada saja orang kampung yang datang ke rumah. Maklum sajalah, Ilalah anak pertama kampung ini yang belajar di Timur Tengah. Ibu pula langsung tidak berenggang. Di mana ada Ila, disitu jugalah ibu akan menemani. Ada saja perkara yang mereka sembangkan. Tidak henti-henti wanita separuh abad itu bertanyakan kehidupannya di Jordan, pengalamannya sewaktu menunaikan umrah, juga kenangannya semasa melancong ke Mesir.

Dalam perancangannya, kalau boleh, cuti ini ingin dihabiskan dengan beristirehat dan menziarahi adik-beradik dan saudara-mara. Dia mahu santai sepuas mungkin, setelah puas bertungkus-lumus semester penuh di Jordan. Lebih daripada itu, dia tidak mahu. Ditambah cutinya hanya sebulan, masakan sempat untuk berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, petang itu abah memanggil Ila ke ruang tamu. Ada perkara yang nak dibincangkan katanya. Ibu pun sudah menanti sama.

“Beginilah Ila. Tadi abah terserempak dengan Ustazah Maisarah di kedai. Dia ada tanyakan Ila.”

Ila terdiam. Bertanya tentang aku? Dadanya berdebar-debar.

“Ustazah nak mintak tolong Ila gantikan dia mengajar malam esok.”

“Ila?” Terkedu dia mendengarnya.

“Ha…ah. Ustazah nak ke Johor Bahru. Tak ada siapa nak gantikan tempatnya.”

“Jangan abah. Ila tak sanggup.”

Ila menggeleng. Abah menghirup teh yang asapnya kian menipis. Ibu terus leka dengn jahitannya.

“Kenapa pula, kan Ila dah belajar itu semua?”

“Ila…Ila tak bersedia lagi. Baru seminggu balik, takkan dah nak mengajar orang.”

Abah mengangguk-angguk. Barangkali alasan Ila itu menerjah akalnya. Ila menarik nafas lega dengan tindak-tanduk abah.

Sementara menunggu mata terlelap malam itu, Ila teringat kata-kata abahnya di ruang tamu tadi. Entah mengapa dia rasa malu sendiri. Dia sedar abah menaruh harapan besar padanya. Dalam lima orang adik-beradiknya, dialah perintis dalam keluarga, yang belajar di sekolah agama. Kakak-kakak dan abangnya dihantar ke sekolah biasa. Belajar pun perkara-perkara sekular. Malah tiada seorang pun yang berjaya hingga ke peringkat universiti, melainkan Ila satu-satunya. Lantaran itu, Farhana adiknya yang bongsu dihantar ke sekolah agama, demi menuruti jejak kakaknya.

Mengajar orang-orang kampung? Suatu perkara yang tidak pernah terfikir di akalnya sebelum ini. Ila benar tidak menyangka Ustazah Maisarah bertanyakan dirinya untuk itu. Dia kenal benar keluarga ustazah itu. Fathi, anak sulungnya pernah sekelas dengannya sewaktu di SMKAS. Itulah sebabnya dia terkejut benar bila Ustazah Maisarah bertanyakan dirinya. Tidak pasti pula di mana Fathi berada sekarang. Yang dia tahu Fahmi dan Siti Khadijah, dua orang lagi anak ustazah itu masih menuntut di SMKAS.

Dalam begitu, telinganya menangkap sayup-sayup suara orang berbual. Pasti abah dan ibu belum tidur lagi. Baru dia teringat abahnya baru pulang bermesyuarat di rumah pak Imam. Perlahan-lahan Ila membuka pintu biliknya, dan melangkah segontai mungkin ke ruang tamu.

“Abang nak tolak cadangan pak Imam tadi. Tapi…lepas tu abang terfikir apa salahnya kalau anak kita yang beri pengisian.”

Langkah Ila terhenti. “Ish…nak ke si Ila tu?” Ibu bertanya separuh ragu.

“Alah…dia mengaji agama tinggi-tinggi. Bila lagi nak diguna ilmu tu.”

Tidak semena-mena dadanya berdebar kencang. Terus memasang telinga.

“Lagipun ceramah Maulidur Rasul ini cuma untuk muslimat saja. Dua minggu lagi. Apa nak dibimbangkan?”

Sekali lagi Ila terkedu. Dia sudah dapat menagkap hala tuju percakapan abahnya. Lantas, berpatah balik ke bilik, dan merebahkan diri di tilam. Kacau! Ila mengetap bibir. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengelak lagi. Kelas agama sudah di tolak. Tetapi, menolak program yang ini, memang tidak wajar!

Bukan dia tidak mahu, cuma tidak sanggup. Dengan ilmu yang tidak seberapa, bagaimana mahu memberi pengisian kepada masyarakat. Dia teringat kehidupannya di Jordan. Banyak dihabiskan dengan studi. Masanya digunakan cuma untuk menelaah muqarrar kuliah. Jarang sekali dia mengikuti program-program seperti ini. Aktif berpersatuan pun tidak. Semuanya tidak dihiraukan. Dia cuma mahu score dalam peperiksaan!

Pernah sekali rakan serumahnya mengajak dia menghadiri program public speaking.

“Lain kalilah Icah, aku tak free petang ni.”

“Alah…program macam ni bukannya selalu. Kebetulan Kak Suhanna yang buat Ph.D tu ada sekali. Rugi kalau tak dengar dia berceramah tau.”

“Aku nak studi, macam tak sempat aje. Minggu depan imtihan.” Dia cuba berdalih. Bila berbicara dengan Icah dalam soal –soal begini jarang sekali dia menang. Gadis kelahiran Batu Pahat itu memang bijak berhujah.

“Orang lain pun belajar juga. Tapi, tak adalah sampai langsung tak ada masa.”

“Kita ke sini kan untuk belajar.”

Icah yang sedang memakai tudung tersentak.

“Apa, kau ingat belajar tu dengan menghadap buku saja?”

Esoknya, Ila benar-benar terkejut, Pagi-pagi lagi Ustazah Maisarah sudah muncul di halaman rumahnya. Wajah wanita itu berseri-seri. Dada Ila mula bergetar. Ibu sedang mandi, terpaksa Ila pula yang menyambutnya.

“Ana bukan tak mau ustazah. Tapi rasa macam tak layak aje.”

Betul jangkaannya. Ustazah Maisarah datang membawa hajat. Sama seperti kata-kata abah.

“Tak usahlah tawaduk sangat Ila. Ustazah yakin Ila boleh. Suami ustazah pun kata macam tu.”
Melihat kesungguhan di wajah Ustazah Maisarah membuatkan lidah kelu. Segala jawapan yang difikirkan munasabah malam tadi bagaikan berlalu.

“Semua orang yakin dengan Ila. Orang mengaji di Timur Tengah yang berceramah, tentu ramai yang pergi. Pak Imam pun dah setuju.”

“Ana tak berani nak kata setuju. Takut tak tertunai pula hajat ustazah,” tuturnya lembut.

“Tak mengapa. Terpulang pada Ila. Lambat lagi majlis tu. Ila fikirlah dulu.”


Terkesip-kesip mata Ila mengingatkan itu semua. Sudah dua hari dia terlantar tanpa jawapan. Kitab Usul ad-Dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan yang kebetulan dibawa balik dibelek-belek. Cuba dibaca beberapa perenggan. Bungkam. Segala yang melintas tidak lekat di fikiran.

Sebelum ini, tidak sekali dia terfikir perkara sedemikian akan dihadapinya. Langsung tidak pernah; biarpun dia sedar kelak dia akan bergelar siswazah Timur Tengah. Memadai sekadar itu. Dan, tidak pernah terencana di benaknya untuk menjadi pendakwah, untuk memimpin ummah!

Di Jordan, memang ada didedahkan dengan situasi sebegini. Program-program seperti usrah, tamrin, ceramah, kelas tafaqquh, semuanya ada. Cuma dia yang tidak ikut. Baginya, serupa sahaja. Kalau setakat untuk membincangkan manduk-manduk usrah, dalam kitab pun ada. Bila-bila masa boleh dibaca!

Terbayang-bayang wajah Ustazah Maisarah yang mengharap. Ila terasa dirinya kerdil jika dibandingkan dengan wanita itu. Walaupun cuma guru sekolah agama, tetapi cukup aktif. Banyak perubahan yang telah dibuatnya. Pelbagai aktiviti muslimat di desa ini di bawah pimpinannya. Suaminya Ustaz Farouk pun begitu. Sumbangan mereka terhadap perkembangan rohani dan mentaliti penduduk kampung memang tidak dapat dinafikan.

Sedang aku ini siapa? Apa amal Islami yang telah kusumbangkan? Apa peranan yang telah kumainkan demi menjadikan Islam cara hidup masyarakat? Apa persediaan yang telah kubuat demi mencanai hasrat umat? Apa…argh!

Pertanyaan yang bertalu-talu itu berlegar-legar dalam diri. Dan fikirannya melayang mengingati kehidupannya di Jordan. Sendat dengan suasana ilmu. Malangnya selama ini, program-program yang ada tidak dimanfaatkan. Dia terlalu mengutamakan studi tanpa mencari ilmu-ilmu luar sebagai bekalan untuk menghadapi masyarakat; sebagai persediaan untuk memberi pengisian, sebagaimana yang dihadapinya sekarang.

Buat pertama kali Ila berasa begitu tersayat.
“Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, agar mereka itu dapat menjaga dirinya.”

Firman Allah dalam Surah at-Taubah yang seringkali diulang-ulang oleh pensyarah Arabnya pada awal kuliah terngiang-ngiang, dan kali ini benar-benar menusuk. Dalam hatinya dia membuat satu jawapan buat Ustazah Maisarah. Moga ini adalah langkah yang pertama!


Petang itu, Ila kembali ke rumah setelah dua hari bermalam di rumah nenek. Sewaktu tiba di rumah, sebuah Proton Satria baru sahaja meluncur keluar dari kawasan rumahnya. Ila cam kereta siapa.

“Dah lama ustazah datang mak?”

Ibu mengangguk. Abah yang sedang membaca akhbar tersenyum meleret. Ila tidak faham makna senyuman itu. Dia terus melangkah ke kamar. Kemudian keluar semula.

“Ustazah tunggu Ila tadi.”

Ila mengutip cawan dan pinggan bekas tetamu untuk dibawa ke dapur.

“Tunggu Ila?”

Ila memandang tepat ke wajah ibunya. Ibunya juga senyum lebar.

“Dia nak tanya keputusan Ila. Kami tak berani nak kata apa.”

“Mak tak cakap yang Ila dah setuju?”

“Hai…belum apa-apa Ila dah setuju?”

“Yalah. Memang Ila dah setuju untuk jadi penceramah Maulidur Rasul nanti,” jawab Ila tenang. Namun di hatinya terbetik rasa hairan.

Abah dan ibunya saling berpandangan. Senyuman yang terukir di bibir keduanya amat sukar ditafsirkan.

“Ila…ustazah tadi datang bukan untuk tanyakan itu.”

Ila semakin tidak faham.

“Habis tu?”

“Dia datang nak risik Ila untuk anaknya.”

Kali ini Ila benar-benar terkedu!



Nota:
Tiada kena mengena dengan mana-mana individu.......
Cerpen 2nd edition......
Copyright from MUSLIMAH......ogos98

history of SOLAT

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat lima waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan asal usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SOLAT SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

SOLAT ZUHUR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu, sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibuka dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

SOLAT ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

SOLAT MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
semata-mata, tiada dua atau tiganya.

SOLAT ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Sumber: Copy n Paste…..

Saturday, July 09, 2005

Taubat Seorang Lelaki

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, "Tinggalkan yang haram, dapat yang halal."

Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal."

Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Thursday, July 07, 2005

Ambil Pengalaman.........

Pengakuan Oleh Seorang Pelajar Cemerlang

Siti Mahfuzah Syafie, 23
Pelajar Cemerlang 1999,Darul Quran dengan Diploma
Pangkat Mumtaz (Cemerlang)
Berasal dari Merlimau, Melaka.

“Ketika mula memasuki Darul Quran, memang terasa susah untuk menghafaz al-Quran, namun dengan berlalunya masa, perasaan seronok dan cintakan al-Quran kian terasa.

Minat yang mendalam tanpa paksaan daripada sesiapa memudahkan seseorang menghafaz al-Quran. Juga penting ialah menjaga pemakanan, pandangan dan hati untuk memelihara hafalan al-Quran.

Memang sukar menghafaz al-Quran secara sendirian. Remaja yang berminat harus berguru dan bersama masyarakat yang memegang al-Quran. Ilmu al-Quran tidak harus ditinggalkan terus, kerana ilmu dunia dan ilmu akhirat adalah lebih berharga berbanding ilmu dunia semata-mata.

Di Darul Quran jadual disusun rapi. Pelajar perlu menghafaz al-Quran sambil disemak oleh guru pada setiap pagi diikuti mata pelajaran biasa pada tengah hari hingga petang.

Selepas tu, pelajar bebas melakukan aktiviti masing-masing. Lazimnya waktu inilah saya gunakan sepenuhnya untuk menghafaz al-Quran sebagai persediaan untuk disemak bacaan oleh guru keesokan hari.

Bukan mudah menghafaz al-Quran. Ada kalanya seharian mencuba, saya masih tidak dapat menguasai satu ain. Untuk mendapat keputusan pangkat mumtaz (cemerlang) di Darul Quran, pelajar bukan sahaja perlu menghafaz 30 juzuk Quran, tetapi juga berjaya dalam setiap mata pelajaran yang lain.

Jadi kita harus betul-betul bahagikan masa untuk menghafaz dan mengulang kaji mata pelajaran yang lain. Saya memanfaatkan waktu-waktu ‘terluang’ sepenuhnya untuk mengulang kaji mata pelajaran yang lain.

Ada kalanya rakan-rakan mengajak kita melakukan sesuatu yang mungkin disifatkan sebagai membuang masa atau memonteng kelas. Tetapi saya selalu ingatkan diri bahawa saya di Darul Quran untuk menuntut ilmu. Di samping itu, saya sering terfikirkan ibu dan ayah apabila melakukan sesuatu.


Selain menghadapi pelajaran, saya tetap aktif memegang beberapa jawatan pada tahun dua sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz, dan ketua asrama.

Selepas ini saya berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan kerana saya ingin menjadi seorang pendidik. Jauh di sudut hati, saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Timur Tengah.

Namun apakan daya, ekonomi keluarga tidak mengizinkan saya meneruskan cita-cita tersebut. Bapa saya meninggal dunia ketika saya di tahun dua, manakala ibu saya bekerja di sebuah kantin sekolah sebagai tukang masak.”

Sumber Cerita:
AL-ISLAM,
Julai, 1999

KESIMPULANNYA:
~ Belajarlah bersungguh-sungguh kerana tiada benda yang datang bergolek tanpa usaha.
~ Gunakanlah masa yang terluang dengan sepenuhnya.
~ Bersyukurlah kita kepada-Nya kerana kita masih diberi peluang untuk menuntut ilmu.


Friday, July 01, 2005

Lakukanlah 'SOLAT'

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

Nota: **Mati Hanya Sekali, Oleh Itu Jadikannya Di Jalan Allah**

Sunday, June 26, 2005

Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharam

  • Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

  • Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

'Warning' Untuk Wanita........

  • Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

  • Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

  • Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

  • Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

  • Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

  • Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

  • Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

  • Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

  • Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

Cinta Seorang Pemuda

  • Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh!Sampai saya sendiri takut nak pegang.Bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemarinya kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat dihadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul……sungguh!Sebab itu saya belikan dia tudung,jangan main-main,tudung labuh plak tu!!!!hehe….Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan!Bukan juga sebab saya takut rambut dia rosak…..Tapi saya mahu rambutnya sentiasa tertutup….ala,macam dalam iklan televisyen tu….sampai bila-bila………takut nanti dibakar dek api neraka,di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya terpegun tengok body teman wanita saya……solid betul.Saya sendiri tak percaya.Sebab tu saya carikan dia baju-baju yang selesa,tak ketat,tak jarang,tertutup semua bahagian……puas hati saya kalau dia pakai baju tu,lagi manis di pandang.Saya juga carikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.Saya pun tumpang dapat pahala…..Syoknya!
  • Kadang-kadang,saya rasa pelik bila terpandang teman wanita saya,nampak macam ada yang tidak kena.Kenapa yer…..?Ooo….kakinya…..cantik,putih kemerahan….memang seksi….sebab tu saya belikan dia sarung kaki….nampak lebih sopan….dia pun bersependapat dengan saya.Seronoknya!!!!!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.saya pun macam tu juga.Si dia bertanya,”Apa ubatnya bang?”.Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…….semoga dia cintakan –Nya lebih daripada saya.
    Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya selalu pesan macam-macam; “makam,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok….nanti awak sakit saya juga yang susah hati……bla bla bla”Tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asar dan Maghrib begitu saja.Dia tak kata satu apa pun.Aduh…..berdosanya saya!
  • Saya bersyukur,sebab,si dia kini telah banyak berubah….Semoga dia dapat istiqamah dengan caranya sekarang….Ya Allah,tetapkanlah iman kami….
    Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunkanlah kami……semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,di syurga nanti.Amin…..

Sunday, June 19, 2005

Couple In Islam ???

Couple in Islam

selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?.... one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek....

pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah....
so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?....

kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcam mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama...

i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there...

ke'MAGNET'an Wanita

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya
iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta
berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke bahu abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram dari Islam,
bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah,di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar,ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... "

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga
(sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita.


Wahai insan... ingatlah kita di dunia ini hanya sementara... bila bila masa
sahaja nyawa ini boleh ditarik balik... bertaubatlah sementara sempat... .
kerana mungkin kita tidak akan sempat... ... hanya Tuhan maha mengetahui...
nilaikanlah perlakuan seharian kita... dan fikirkanlah... adakah kita akan sempat memohon ampun dan maaf... ... .kita manusia yang mudah lupa dan amat mudah
di perdaya dengan kemewahan dunia yang ... oleh itu... sentiasalah mengingati Tuhan..kelak ia mampu menghindarkan sebarang perbuatan yang mungkar... .

Friday, June 10, 2005

Ke'ANEH'an Malaysia

Artikel ini tersiar di Fokus SPM Disember 2004 dengan suntingan. OLEH FAISAL TEHRANI ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat. Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga? Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan
t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan. Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. I just want to be friendly. Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih terkejut kerbau melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. Ini aneh. Katanya. Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka. Tukas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan Malaysia. Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah?


Pengalaman saya di Turki yang paling besar ialah menyedari bahawa hak dan batil jelas dan ketara terpisah. Kalau sudah mungkar takkan bercampur dengan makruf. Tak mungkin bertemu. Tutup aurat cara separuh seperti yang diamalkan di Malaysia bukan kebiasaan di Turki dan bukan kebiasaan wanita dengan penuh mesra menawarkan mahu bersiar-siar bersama. Tak terjadi wanita bertudung bujang keluar berjalan iseng-iseng dengan teman lelaki meskipun di dalam kumpulan. Tak ada lagu pop dengan lirik Islami. Atau tak mungkin artis pop seperti Guben Ergen atau Emre Altug menunaikan umrah kemudian hebohkan pada semua peminat dan media, baru pulang dari umrah dan hati sudah tenang asyik teringat kaabah tetapi tetap melalak sampai nampak anak tekak dan tetap tayang pusat. Eleh biasalah. Kolot betul Faisal Tehrani ini sejak dua tiga bulan inikan. Ikut ajaran sesatlah agaknya si Faisal sekarang. Eh-eh apa dah jadi dengan budak-budak kita? Eh-eh, macam tak sedarkah ini berlaku selama ini? Jadi perlukah kita terkejut jika ada daging babi bercampur dengan daging ayam di stor simpanan daging sebelum di jual ke pusat membeli belah lalu ditag dengan tanda HALAL? Perlukah kita terperanjat di kedai 24 jam air soya di rak bawah, beer atau arak di rak atas? Sedangkan di kaunter bank kita di sebelah ialah kaunter muamalah di sebelah ialah kaunter kewangan cara sekular. Kitakan rayakan Krismas dan hari raya sama- sama. Apa salahnya. Baguslah orang Malaysia terbuka. Pokoknya halal dan haram bersatu. Di Malaysia kita buat begitu! Kita bangga, kita kata ini Islam cara kita. Eh-eh Islam cara kita yang betul ke atau Islam cara yang disimpulkan di dalam al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi yang betul? Mana satu yang betul? Eh-eh kita keliru ke? Takkan kita keliru? Ini telah diamalkan sekian lama. Dia orang Turki, dia yang tak tahu, dia yang lagi keliru. Eh-eh anehnya kita di dalam dunia yang kita tidak tahu mana satu makruf mana satu mungkar dan noda. Kerana itulah saya pernah terperanjat besar bila seorang gadis bersolat dan berpuasa tapi duduk bersekedudukan dengan teman lelakinya berbangsa Iran. Bolehkah ini berlaku, eh-eh inikan Malaysia. Nak hairan apa! Mashaallah seteruk itukah kita tidak nampak mana yang hak dan mana yang batil. Patutlah! Allah sudah tutup pintu hidayahkah untuk remaja kita? Atau Allah sudah gelapkan hati kita sebegitu busukkah hingga sudah tidak kenal lagi mana yang betul mana yang salah dan bila ia bercampur baur kita sangka itu lebih baik dan cool? Bukankah di dalam sembahyang kita minta jalan lurus sahaja Ya Allah yang Kau tunjukkan pada kita. Jangan jalan lain. Jalan campur aduk pun tak mahu. Di mana duduknya kita? Teman-teman selalu bertanya, kenapa saya begitu tergiur dengan Turki (negara orang) dan duduk di sana lama-lama. Jawapan saya, saya nampak mana yang betul mana yang salah. Hitam putih jelas terang. Dan saya tak perlu risau iman saya berkarat dimasuki unsur nifaq. Yang saya selalu minta dalam doa lepas sembahyang, Tuhan jangan jadikan saya orang munafik. Saya takut! Itu yang membuatkan saya memandang lebih tinggi negara orang. Macam bagus sahaja Faisal sekarang. Eh-eh nak jadi baik pun dipandang serong? Saya sedih hati dan terlalu berduka dengan keadaan di Malaysia, keadaan yang menimpa remaja-remaja kita. Mana tidaknya kekeliruan adalah kebenaran. Masalah kita di Malaysia bukan masalah ilmu. Kita kreatif, bangsa Malaysia lebih kreatif dari bangsa-bangsa lain, saya sahkan ini setelah banyak mengembara. Mana ada masyarakat yang boleh menjadikan nasi putih kepada ratus macam nasi lain. Roti canai boleh diintikan nenas apatah lagi pisang. Itu baru perkara mudah-mudah kita sudah kreatif. Bakat kita sudah diterima dan diiktiraf.
Justeru apa masalah lagi, kita bagus dan lebih pandai apa? Kata Abdullah, sebelum ini jika dia lihat cawan dengan tulisan dibuntutnya Made In Malaysia dia akan beli berbanding cawan dengan tertera tulisan Made In Taiwan kerana Malaysia negara Islam, sekarang dia rasa sangsi. Dia naik keliru. Islam apa begini? Kita Islam dengan hadharah, kita berilmu. Tentu, berilmu dan bijak serta berpengetahuan seperti masyarakat Malaysia mesti datang seiiring dengan adab dan akhlak. Masalah kita ialah masalah akhlak. Kalau tidak masakan tidak saya akan menganga mendengar cerita ada gadis remaja Melayu menggesel bahagian tubuhnya kepada teman saya di dalam LRT. Come one Faisal, apa salahnya, budak perempuan itu mengaji khatam al-Quran apa! Dia tahu tajwid lebih dari engkau. Jadi sayalah yang berdosa? Eh-eh kelirunya!